Diaktifkan pada tahun 2017, sebagai sebuah badan amanah , Yayasan Ehwal Siswazah (YES!) kini melakarkan misi “Membangun Siswazah Usahawan” yang berdaya saing, berdaya tahan dan berdaya maju.
YES! kini dipimpin oleh sebuah Panel Penasihat dan Jemaah Pengarah terdiri daripada Sarjana, Usahawan, Profesional dan Aktivis Masyarakat. Sebuah Sekretariat Keusahawanan Siswazah sepenuh masa kini beroperasi di Kuala Lumpur sementara Majlis Keusahawanan Siswazah Negeri-negeri diusahakan penubuhannya secara berperingkat. Bergantung kepada keperluan, Majlis Keusahawanan Siswazah Daerah turut diwujudkan apabila ada permintaan oleh Siswazah usahawan setempat.
Kumpulan sasaran YES! terdiri daripada kelompok berikut:-
> Bakal Siswazah dan Siswazah IPTS
> Bakal Siswazah dan Siswazah IPTA
> Siswazah TVET
> Siswazah Seberang Laut
Program ini menggalakkan diskusi dua-hala dan pelbagai hala bagi mengeratkan kerjasama Industri dan Universiti untuk memupuk budaya keusahawanan dikampus serta memberi peluang kepada bakal siswazah mencebur diri di dalam bidang perniagaan.
Program ini melibatkan penyediaan buku panduan keusahawanan, kertas kerja niaga dan risalah-risalah, direktori usahawan alumni dan video peluang niaga untuk rujukan bakal siswazah yang berminat untuk berniaga. Kesemua maklumat tersebut dipaparkan scara virtual menerusi laman web YES!
Konvesnyen Keusahawanan Siswazah, Karnival Usahawan Kampus, Wacana Niaga Kampus, Pertandingan Idea Niaga, Jelajah Niaga , Klinik ABC Niaga, Khemah Keusahawanan, Jaringan Keusahawanan Siswazah Serantau dan Skim Anugerah Tunas Usahawan merupakan beberapa aktiviti promosi yang dilaksanakan.
YES! turut menyediakan khidmat mentor usahawan yang bakal memperkukuhkan proses pembangunan siswazah usahawan yang berdaya saing, berdaya tahan dan berdaya maju,
Mentor yang disediakan diklusterkan kepada kategrori berikut :-
• Kluster ekonomi baru (digital, biotek, dll)
• Kluster ekonomi tradisi ( kosmetik, peruncitan, pengangkutan, dsbnya)
• Kluster Usahawan professional (peguam, dokotor, jurutera, dll)
• Kluster Usahawan sosial (tadika, taska, pusat tuition, dsbnya)
Program ini menggalakkan diskusi dua-hala dan pelbagai hala bagi mengeratkan kerjasama Industri dan Universiti untuk memupuk budaya keusahawanan dikampus serta memberi peluang kepada bakal siswazah mencebur diri di dalam bidang perniagaan.
Alumni, Siswazah dan Bakal Siswazah Usahawan adalah dialu-alukan menyampaikan berita berkaitan pelbagai aktiviti, kisah-kisah kejayaan, kata-kata inspirasi bagi merangsang budaya niaga berdaya saing dikampus dan di luar kampus melibatkan siswazah usahawan.
Phone: +603-4147 4033
Email: info@yayasanehwalsiswazah.org